25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Remaja simbah cat merah di rumah, ditahan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang remaja yang aktif dalam kegiatan menyimbah cat merah di rumah dan kenderaan milik mangsa along di sekitar bandar raya Johor Bahru menerima padah apabila ditahan polis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki tempatan berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah premis di Taman Ehsan Jaya dalam satu serbuan jam 2 pagi.

“Penahanan suspek dibuat selepas menerima laporan polis dari seorang lelaki berumur 48 tahun berkaitan kejadian simbah cat merah di pintu pagar rumah dan dua keretanya di kawasan perumahan Taman Desa Jaya jam 10.30 pagi kelmarin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu pihak polis dapat menyelesaikan lima kes jenayah lain melibatkan kes simbah cat berwarna merah.

Advertisements

“Hasil semakan suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek negatif dadah.

Menurut Raub, suspek direman tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Isnin hingga Rabu.

“Sehubungan dengan itu, kes akan disiasat dibawah seksyen 427 kanun keseksaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan