30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Mesyuarat khas PRK Kuala Terengganu Selasa depan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

SPR menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Aka Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, laporan itu adalah berkenaan keputusan mahkamah yang membatalkan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November tahun lalu.

“Sehubungan itu, satu mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu akan diadakan pada Selasa ini.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengersi SPR. Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK.

Advertisements

“Ia seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim, calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-156).

Hakim, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Pas bagaimanapun tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan