27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Nurnberg ikat Arsenal dalam aksi pramusim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL memulakan kempen pramusim dengan keputusan seri apabila diikat kelab Bundesliga 2, Nurnberg 1-1 di Stadium Max-Morlock awal pagi tadi.

Mikel Arteta membariskan pemain utama dalam kesebelasan utamanya ketika menentang kelab divisyen dua Jerman itu dalam usaha mempersiapkan pasukan menjelang kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pemain sayap, Bukayo Saka selepas menerima hantaran Ben White.

Arsenal mempunyai 66 peratus penguasaan bola namun tidak banyak percubaan tepat dilakukan ke arah gol lawan.

Arteta melakukan enam pertukaran selepas rehat termasuk membawa masuk Gabriel Jesus, Jorginho dan rekrut baharu, Kai Havertz.

Advertisements

Sebaliknya, Nurnberg mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan apabila menghukum kesilapan penjaga gol gantian, Karl Hein.

Penjaga gol berbangsa Jerman itu mengambil bola dari luar kawasan penalti namun hantaran Hein tepat kepada Kanji Okunuki yang tidak bermasalah menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Folarin Bolugun terlepas peluang keemasan menjaringkan gol kemenangan Gunners di penghujung pemainan namun percubaannya sekadar mengenai tepi gawang Nurnberg.

Perlawanan pramusim seterusnya Arsenal adalah pada Khamis depan menentang MLS All Stars sebelum bertemu Manchester United dan Barcelona sebelum akhir Julai ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan