MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan lawatan ke dua negara, Itali dan Hungary bermula hari ini bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, Mohamad akan menghadiri Sidang Pleno Persidangan Food and Agriculture Organization (FAO) ke-43 di Rom.
Katanya, sidang itu merupakan platform bagi setiap ketua delegasi menyampaikan kenyataan negara di bawah agenda Semakan Keadaan Makanan dan Pertanian.
“Ketika persidangan, Mohamad akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala ke atas rakan sejawat dari Itali, Francesco Lollobrigida. Mesyuarat ini bertujuan mengukuhkan keriasama dalam sektor pertanian termasuk keriasama ekonomi, pelaburan dan teknikal.
“Pertemuan ini juga akan digunakan sebagai peluang untuk meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian negara dalam usaha meningkatkan keseimbangan perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Selain itu, kementerian berkata, satu pertemuan bersama Ketua Pengarah FAO, Dr. Qu Dongyu juga akan diadakan bagi perbincangan isu berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan.
Katanya, itu serta nutrisi global di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan FAO dalam pelbagai sektor berkaitan pertanian.
Kenyataan itu berkata, Mohamad akan meneruskan lawatan kerja ke Budapest. Hungary pada 6 Julai ini bagi mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, István Nagy serta menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian kedua-dua negara.
“Pemeteraian MoU ini akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pertanian, meningkatkan kemahiran teknikal dan kepakaran pegawai, memudah cara ases pasaran produk pertanian Malasia ke Hungary serta membolehkan kedua-dua negara merangka program-program kerjasama baharu yang bersesuaian.
“Mohamad turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Mailis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (Mate),” katanya. – Edisi 9

