28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke CSSP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAJAR Universiti Malaya (UM), Vincent Tee Ming Han, 22, merupakan wakil tunggal NEGARA ke CERN Summer Student Programme (CSSP) yang bermula 3 Julai ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) itu berpeluang bertemu saintis muda dari seluruh dunia yang akan berkongsi pengetahuan tentang pelbagai topik dalam bidang fizik zarah dan pengkomputeran secara teori dan eksperimen. 

“Saya melihat bahawa peluang siswa untuk menyertai program seperti CSSP ini adalah satu pengalaman yang amat berharga, khususnya melalui pendedahan kepada persekitaran penyelidikan yang dinamik. 

“Siswa juga dapat berkongsi pengetahuan dan idea serta terlibat dalam eksperimen dan projek yang mencabar. 

“Pengalaman ini sudah tentunya membuka potensi mereka untuk menjadi seorang penyelidik yang cemerlang dan seterusnya dapat memanfaatkan ilmu tersebut bagi membantu menaik taraf kehidupan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

CSSP menawarkan latihan praktikal kepada siswa sarjana muda dalam bidang fizik, pengkomputeran, kejuruteraan dan matematik dari seluruh dunia untuk bersama menyertai pasukan penyelidik dan mengambil bahagian dalam eksperimen di kemudahan CERN di Geneva, Switzerland. 

Sementara itu, Ming Han mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) kerana membuka laluan kepada pelajar di negara ini untuk menyertai program seperti CSSP. 

“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya kerana ia membolehkan saya bertemu penyelidik bertaraf dunia dalam bidang fizik zarah. 

“Peluang ini merupakan batu loncatan ke arah aspirasi saya untuk menjadi seorang ahli fizik zarah dan menyumbang kepada kemajuan bidang ini di Malaysia. Saya bersyukur diberi peluang untuk memulakan perjalanan yang luar biasa ini di CSSP,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan