Thursday, July 23, 2026

Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan

Mangsa maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu juga merupakan kakitangan IPD itu.

“Pada 6.30 petang semalam, pihak IPD Rembau telah menerima maklumat berkaitan seorang pegawai polis yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

“Pihak polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga mangsa,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan