30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Haji: Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini.

Istana Negara menerusi Facebook berkata, titah itu disampaikan dalam pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Khamis lalu.

“Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kesudian menerima 31,000 jemaah dari Malaysia dan kemudiannya tambahan seramai 1,000 jemaah untuk mengerjakan haji tahun ini.

“Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana menaja 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di pelbagai tahap dan bidang pengajian di Arab Saudi,” katanya malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mempersilakan Putera Mohammed untuk berangkat mengadakan kunjungan ke Malaysia.

Advertisements

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas selesai menunaikan ibadah haji.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta delegasi dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada puku 1 tengah hari, hari  ini.

Seri Paduka dalam pada  mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanah air kepada pangkuan keluarga tercinta. 

“Seri Padukamengajak seluruh jemaah haji Malaysia untuk terus bermunajat, memohon keampunan serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan