27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tarif elektrik: Jangan berdendam dengan T20 – Ka Siong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20.

Menurutnya, keputusan untuk tidak lagi memberikan subsidi elektrik kepada golongan itu hanya mendatangkan masalah yang lebih dasyat lagi.

“Kita jangan berdendam dengan kumpulan ini, (kerana) mereka juga penyumbang kepada ekonomi. Merekalah yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.

“Kita kena faham, ini teori asas ekonomi. (Sepatutnya kerajaan kena) anggap kumpulan ini (T20) penting.

“Jangan kita mengenakan kenaikan (tarik subsidi elektrik) secara mendadak, apabila mereka sesak nafas orang lain akan terkesan khususnya pekerja,” katanya menerusi video klip di Facebook beliau.

Beliau turut memberi contah jika kos sebuah pengoperasian kilang RM100,000, tiba-tiba disebabkan bil elektrik naik sehingga 40 peratus, ia akan menyebabkan kos naik sehingga RM140,000.

Lebih parah lagi katanya, jika ada pekerja seramai 40 orang sudah tentu akan pecat 10 pekerja untuk mengurangkan kos ataupun produk akana dijual pada harga lebih tinggi.

Advertisements

“Jadi jika jual dengan harga lebih tinggi siapa menanggung kos, sudah tentu rakyat jelata, kadar inflasi akan naik. Kedua, kalau pekerja dipecat siapa akan menanggung kesengsaraan, keluarga mereka siapa nak bela. Ini yang akan menyebabkan masalah berlarutan.

“Sebab itu dalam kes ini, tanyalah dulu kepada pihak industri, tengoklah mereka yang berniaga kecil, apa kesan kepada mereka. Bil ini bila naik mereka akan sengsara, ini adalah perkara yang yang pasti akan berlaku.

“Apabila tiada kerja dan memberhentikan pekerja, ini akan mendatangkan kesan yang lebih dasyat lagi.

“Kebanyakan majikan adalah dalam golongan M40 dengan T20,”katanya.

Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan golongan T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik mahupun untuk menunaikan haji di Makkah.

Jelasnya, sistem penyelarasan data iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang sepatutnya layak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan