PELUMBA muda Belanda, Dilano van ‘t Hoff maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Formula Regional European Championship di Litar Spa-Francorchamps di Belgium semalam.
Kemalangan yang berlaku dalam cuaca hujan itu melibatkan beberapa pelumba sebelum kereta yang dipandu t’ Hoff berpusing di tengah jalan dan kemudiannya melintang.
Seorang pelumba yang datang dari belakang tidak menyedari situasi itu kerana jarak penglihatan yang rendah melanggar kereta pelumba berusia 18 tahun berkenaan.
Penganjur, Formula Regional European Championship mengesahkan kematian pelumba tersebut menerusi kenyataan hari ini.
“Formula Regional European Championship dengan sedihnya mengumumkan kematian pelumba MP Motorspsort, t’ Hoff. Insiden itu berlangsung ketika pelumbaan kedua di Litar Spa-Francorchamps.
“Kami ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluar, pasukan dan rakanp-rakan pelumba,” katanya.
Perlumbaan tersebut merupakan program sokongan untuk perlumbaan 24 Jam Tahan Lasak Spa.
Pasukan Formula Dua (F2) dan pemandu yang bersaing dalam Grand Prix Austria berdiam selama seminit sebagai tanda hormat. – Edisi 9