26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kenyataan biadab: Anwar arah Zaki Yamani mohon maaf

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pemilik akaun Twitter yang membuat ciapan kasar dan biadab berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Susulan itu, perdana menteri mengarahkan pemilik akaun yang menggunakan nama Zaki Yamani itu segera tampil membuat permohonan maaf.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” kata Anwar menerusi ciapan Twitter awal pagi tadi.

Pemilik akaun tersebut melakukan ciapan semula laporan sebuah portal berkenaan keadaan kesihatan Abdul Hadi.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi. Hentikan kerosakan yang dilakukannya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. P/S (pesanan): Ambil sekali (Tun Dr.) Mahathir,” kata ciapan tersebut.

Advertisements

Abdul Hadi dimasukkan ke hospital bagi pemantauan dan rawatan susulan keadaan kesihatannya yang semakin merosot sebelum Hari Raya Aidiladha.

Anaknya, Muhammad Khalil memaklum keadaan bapanya itu menerusi Facebook.

“Assalamualaikum, mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru.

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan