33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

TVET Tahfiz akan diperluaskan di MARA – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata inisiatif itu akan turut membabitkan lulusan tahfiz yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, langkah itu diambil selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah Program TVET Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan MARA.

“Bagi lulusan tahfiz yang tiada SPM pun boleh mohon GiatMARA Tahfiz,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga pernah digagaskan melalui Dasar Tahfiz Negara ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan SPM bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Menurutnya, kertas dasar berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, tidak lama lagi.

“Oleh kerana kita mempunyai sijil yang akan dikeluarkan iaitu SKM, kertas dasar akan dibawa ke kabinet untuk menentukan bahawa sijil ini akan turut diiktiraf sebagai sijil yang sama taraf atau pun lebih tinggi daripada sijil SPM.

“Dalam tempoh dua minggu dari sekarang (akan bawa kertas dasar untuk dibincangkan dalam Kabinet),”katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Portal TVET dan Pertukaran Memorandum Kerjasama di Putrajaya 27 Jun lalu.– Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan