30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Arsenal lengkapkan perpindahan Rice

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS mengharungi saga perpindahan yang panjang, Arsenal akhir boleh menarik nafas lega selepas berjaya menandatangani pemain tengah West Ham United, Declan Rice.

Rice yang merupakan produk akademi Chelsea menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates dengan yuran perpindahan sebanyak RM622 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi rebutan Arsenal dan Manchester City selepas cemerlang membawa West Ham menjulang trofi Liga Konferensi Europa (ECL) selepas menewaskan Fiorentina di final.

The Gunners mengemukakan dua tawaran awal namun ditolak The Hammers sementara City turut melakukan bidaan tetapi turut ditolak menyebabkan juara ‘treble’ itu menarik diri.

Advertisements

Rice ketika diperkenalka kepada rakan sepasukan berkata, dia tidak sabar beraksi dan memenangi banyak trofi bersama.

“Ini adalah hari pertama saya, tidak sabar beraksi bersama kamu semua dan berkongsi memori di sini.

“Saya menyaksikan apa yang anda semua lakukan pada beberapa musim lepas. Jadi saya sangat tidak sabar untuk bermula dan berharap akan gembira dengan beberapa trofi bersama,” katanya.

Rice merupakan rekrut ketiga Mikel Arteta selepas membawa masuk bintang Chelsea, Kai Havertz dan pertahanan Ajax Amsterdam, Jurien Timber. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan