30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ambil tindakan jika ada pihak sentuh isu 3R – Zahid

Mesti Baca

SETIAP parti politik perlu menggunakan fakta bagi menyatakan pandangan ketika berkempen dan bukan dengan cara tidak mempunyai ‘akhlak politik’.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu hanya akan memberi gambaran negatif bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga rakyat lebih-lebih lagi jika membabitkan pemimpin parti berasaskan agama. 

Beliau berkata, antara perkara yang perlu dielak disentuh sepanjang kempen ialah isu 3R (agama, raja dan kaum) bagi menjaga keharmonian serta ketenteraman dalam kalangan masyarakat.

Katanya, mana-mana pihak yang ingkar perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Advertisements

“Apatah lagi jika menghina… Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Jentera Pilihan Raya UMNO/BN di Merbok, Sungai Petani hari ini.

Ahmad Zahid merujuk tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dilapor mengemukakan permohonan ampun dan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan yang didakwa berunsur penghinaan.

Ditanya sama ada ‘aura’ tersendiri yang dimiliki Muhammad Sanusi boleh memberi kesan kepada kempen BN dan Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih daripada ‘pelawak politik.’

“Yang kita cari ialah kerajaan yang boleh dipercayai, yang berwibawa serta pemimpin yang serius yang menjaga soal-soal kepentingan dan kemakmuran rakyat bukan hanya menjadi pelawak politik,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan