27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

BN bertanding 17 kerusi DUN Negeri Sembilan

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerusi itu adalah 16 DUN dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sementara satu lagi kerusi menurut Pengarah Pilihan Raya BN itu adalah di DUN Lenggeng yang disandang oleh Suhaimi Kassim daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

“Di atas kertas BN bertanding 16 kerusi DUN, tetapi telah dipersetujui Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang) telah membuat keputusan kerusi DUN Lenggeng diberikan kepada BN.

“Tiada dakwa lagi, itu sebabnya saya katakan bahawa keputusan Majlis Presiden itu muktamad.

Advertisements

“Siapa nak cakap apa, cakaplah melainkan jika ada orang cuba menelan semula dia punya janji,” katanya ketika berucap pada Majlis Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di Kuala Pilah hari ini.

Mohamad dalam pada itu yakin BN mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi nanti dengan persiapan jentera yang lancar dan dibantu jentera parti dari Johor dan Melaka pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyarankan semua jentera parti agar mengenal pasti ‘DNA’ lokaliti pengundi di semua pusat daerah mengundi (PDM) bagi mengukuhkan gerak kerja dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.

Pada PRU-14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi DUN, menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).

BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan