31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ahli UMNO Kedah kekal sokong Kerajaan Perpaduan – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu dan kini sudah semakin reda.

“Pada saya, ahli UMNO masih lagi kekal dengan semangat parti. Kalau tengok kepada jumlah undi yang ada itu, maknanya kita tetap ada deposit daripada situ.

“Cumanya waktu itu (PRU-15) ada persepsi menyebabkan ada yang beralih angin, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan penyerahan petunjuk prestasi utama (KPI) Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Alor Setar hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata, sokongan pengundi yang hilang sebelum ini juga akan berpatah balik kepada BN-PH pada PRN kali ini.

Advertisements

“Mereka akan berpatah balik cuma sebesar mana jumlah yang patah balik itu hanya pengundi tahu,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan tinjauan, peralihan sokongan itu sudah pun bermula setelah berakhirnya PRU-15.

“Lagipun rakyat Kedah sudah cerdik bukan orang tertentu sahaja cerdik rakyat pun cerdik jadi kita beri peluang kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, pola pengundian pada PRN kali ini juga mungkin ada perubahan untuk memperkemaskan pentadbiran.

“Semasa PRU-15, semua orang berlumba-lumba membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi kini kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih utuh, tidak kira apa yang berlaku (dalam PRN) kerajaan Persekutuan kekal.

“Jadi, rakyat sedar keperluan untuk mengharmonikan kerajaan negeri dan Persekutuan. Ini mungkin satu pertimbangan yang akan diambil kira oleh pengundi pada pilihan raya negeri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan