30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Liga Super: JDT baham KL City 6-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DIEGO Luis Santo meledak hatrik ketika membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) membaham KL City FC 6-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Aksi yang dianggap pra-perlawanan akhir Piala FA antara kedua-dua finalis yang dijangka sengit tidak seperti diharapkan apabila anak buah Bojan Hodak tenggelam dalam sorakan ribuan penyokong Harimau Selatan.

Skuad bimbingan Esteban Solari membuka jaringan pada minit ke-12 apabila Diogo bijak menyambung percubaan Leandro Velazquez untuk meletakkan JDT di depan.

Belum pun sempat KL City memperkemaskan benteng pertahanan, JDT meledak lagi kali ini menerusi sentuhan penyudah pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi yang berjaya melepas perangkap ofsaid.

Advertisements

Diogo melengkapkan hatriknya sebelum berakhir babak pertama menerusi jaringan pada minit ke-35 dan 44 untuk meletakkan JDT 4-0 selesa di depan ketika menujuk bilik persalinan.

KL City merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi kuisan pemain pertahanan, Marko Zirdum.

Bagaimanapun, JDT terus ghairah untuk menambah jaringan apabila meledak dua lagi gol pada lewat permainan masing-masing menerusi Safiq Rahim pada minit ke-86 dan Akhyar Rashid (88′).

Kemenangan ini memastikan JDT terus unggul di persadan Liga Super dengan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus, meninggalkan pancabar terdekat, Selangor dengan perbezaan 11 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan