25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

Tragedi kepala air: SAR bersambung esok, cari mangsa masih hilang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi mencari baki mangsa lain akan diteruskan jam 9 pagi Selasa.

“Semua operasi berjalan lancar dan dibantu dengan cuaca yang baik.

“Jumlah mangsa yang telah ditemui pada hari ini seramai empat orang menjadikan keseluruhan mangsa ditemui adalah enam orang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Susulan itu, operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (KM) persegi.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, kesemua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi urusan bedah siasat.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca akan hujan pada malam.

“Mengambil kira keadaan semasa yang semakin gelap, kita telah mengarahkan kesemua anggota untuk pulang ke pusat operasi,” jelasnya.

Terdahulu, polis mengesahkan hanya enam mayat tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemui sehingga petang ini, bukan sembilan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata kekeliruan timbul disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terletak jauh di dalam hutan.

Dalam pada itu, identiti tiga lagi mangsa telah dikenal pasti, petang ini, menjadikan secara keseluruhan semua mayat yang ditemui sudah dikenal pasti.

Mereka ialah, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Nurerina Natasya karim, 10, yang ditemui jam 12.05 tengah hari tadi, selain bapa Karim Abdullah, 39, ditemui jam 1.55 tengah hari.

Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti identiti mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemui terapung oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.05 pagi tadi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan