30 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Pertahan Perlembagaan Persekutuan menyalahi undang-undang? – soal Tun M

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada tindakan beliau mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah menyalahi undang-undang.

“Kerajaan sekarang mendakwa Malaysia adalah negara demokratik, kononya ada kebebasan bersuara.

“Tapi saya hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Adakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

“Sebaliknya bertentangan Perlembagaan adalah mempromosi negara berbilang bangsa.

Apakah kerajaan sekarang menolak kedaulatan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya Perlembagaan menekankan ke-Melayuan Malaysia,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan beliau memainkan sentimen perkauman apabila membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Mohd Huzaidi Mohd Hussin pada 16 Jun lalu yang memintanya berhenti memainkan sentimen perkauman.

Sebelum itu, Dr Mahathir mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tidak menafikan hakikat  hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet.

“Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP. Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan