25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Mahathir Mohamad: Daripada seorang hero kepada ‘zero’

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Oleh ABDUL HALIM SULEIMAN

SEMALAM ada seorang rakan kongsikan satu hantaran Tun Dr Mahathir Mohamad di platform X yang mengatakan kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukanlah hero kerana berjaya turunkan beliau daripada singgahsana Perdana Menteri Ketujuh.

Mahathir, seperti biasa tidak pernah mengaku yang beliau kalah dan beberapa kali tersungkur walaupun ramai sudah tahu bahawa beliau juga bukan lagi seorang hero seperti yang disanjung rakyat berpuluh-puluh tahun dulu. 

Sebaliknya Mahathir sebenarnya sudah menjadi ‘zero’ atau kosong apabila beliau tewas dan hilang deposit di tangan individu yang seangkatan umurnya di kerusi Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Tindakan Zahid menjadi dalang menjatuhkan Mahathir pada 2019 lalu ada rasionalnya.  Ini kerana Mahathir cuba mengharamkan UMNO dan mahu Zahid membubarkan parti itu manakala semua pemimpin dan ahli UMNO diminta masuk Bersatu.

Zahid tentunya terkejut dan tidak menyangka seorang pemimpin ulung yang mengecapi segala kemasyhuran, kegemilangan, kekayaan dan kekuasaan hasil daripada jasa parti UMNO sanggup mahu ‘membunuh’ parti keramat ini dek kerana dendam kesumat.

Disebabkan tidak mahu melihat UMNO terus diseksa, dikhianati dan lenyap daripada bumi Malaysia, Zahid mengambil satu keputusan dan tindakan yang penuh keberanian untuk menjatuhkan Mahathir dari kerusi kekuasaan sebelum dia bermaharajalela lebih teruk lagi.

Kesudahannya, Mahathir diturunkan dari takhta kekuasaan hasil daripada usaha Zahid dan juga pengkhianatan daripada pemimpin Bersatu sendiri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. 

Advertisements

Mahathir terima khifarahnya atas niat jahat dan busuk hati cuba menghancurkan UMNO, bukan sekali tetapi beberapa kali. 

Pertama, Mahathir keluar daripada UMNO dan menubuhkan Bersatu serta membawa keluar beberapa pemimpin UMNO. 

Kedua, Mahathir sanggup ‘menyembuhkan’ DAP untuk mencapai matlamatnya menjatuhkan kerajaan UMNO-BN dan ketiga beliau mahu mengharamkan UMNO selepas menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Begitulah busuknya hati bila dipenuhi perasaan dendam dan hasad dengki. Mahathir tergamak mahu menguburkan UMNO yang selama lebih 20 tahun menjulangnya di atas puncak kuasa.

Sebab itulah saya katakan Mahathir ini daripada seorang hero yang dijulang suatu ketika dahulu, kini sudah jadi kosong kerana tindakan rakus beliau sendiri. 

Daripada disanjung sebagai seorang negarawan terbilang, hari ini Mahathir dicaci-maki oleh generasi sekarang.


Datuk Abdul Halim Suleiman merupakan Ahli Dewan Negara dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau. Tulisan ini dipetik daripada Facebook beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan