31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Penunggang buat aksi ‘Superman’ di PLUS diburu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS memburu sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu kertas siasatan telah dibuka dan polis kini giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

“Tindakan penunggang motosikal ini telah menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Alauddin Salehudin di talian 013-642 0184 atau 03-6064 1222. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tebang satu pokok, tanam semula 100 pokok – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menanam 100 pokok baharu bagi setiap...

Lagi Artikel Berkaitan