PENERAJU teknologi kesihatan boleh pakai pintar, Zepp Health Corporation (Zepp) hari ini memperkenalkan jam tangan pintar terbaharu, Amazfit Cheetah di negara ini.
Direka khusus untuk pelari, jam tangan tersebut dibangunkan dengan teknologi navigasi GPS serta memberi ketepatan kedudukan yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Pengurus Besar, APAC Amazfit Malaysia, Wu Jin berkata, pihaknya mengambil haluan baharu menerusi siri Amazfit Cheetah dan berlawanan daripada fokus kepelbagaian sukan syarikat tersebut.
“Kami mendengar suara pengguna global dan kecintaan mereka berlari demi kesihatan dan manfaat kecergasan atau keseronokan daripada sesuatu kejohanan.
“Siri Amazfit Cheetah didatangkan dengan ciri-ciri khusus pelari seperti GPS Max Track,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Amazfit Cheetah menampilkan ciri-ciri GPS antena terpolarisasi GPS bulat dwi-jalur proprietari yang memberikan ketepatan 99.5 peratus.
Zepp Coach dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk latihan yang diperibadikan berdasarkan prestasi dan keadaan pengguna dan paparan AMOLED HD 1,000 nits yang boleh dilihat dalam cahaya matahari paling terang.
Jin berkata, pengguna juga boleh memilih untuk menjana pelan larian yang ditentukan kepada jenis perlumbaan, sama seperti jurulatih menyesuaikan sesi latihan.
“Jam pintar ini diperkemas dan ringan, direka dengan mengambil kira pelari. Ia didatangkan dalam dua model, Amazfit Cheetah (bulat) menampilkan bezel polimer bertetulang gentian yang tahan lama lagi ringan.
“Amazfit Cheetah Pro dengan bezel aloi titanium premium untuk mereka yang memerlukan ketahanan tambahan dan sentuhan kelas,” katanya.
Katanya, Amazfit Cheetah (kotak) dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.
“Jam tangan pintar ini masih merupakan Amazfit dengan hayat bateri yang sangat panjang sehingga 14 hari penggunaan biasa, peta luar talian, lebih 100 muka jam, lima kalis air ATM, 150+ mod sukan yang mana larian luar.
“Selain itu, jam tangan ini dilengkapi treadmill, triatlon, HIIT dan banyak lagi aplikasi antara muka dikhususkan kepada kesihatan dan kecergasan, dan lebih banyak lagi melalui ekosistem Zepp OS 2.0 apl yang boleh dimuat turun ke jam tangan,” ujarnya.
Amazfit Cheetah didatangkan pelbagai varian warna, tali jam silicon cecair Speedster dan boleh didapati secara eksklusif di aplikasi beli belah, Shopee dari 5 hingga 7 Julai pada harga RM999 dan semua platform bermula 7 Julai termasuk Lazada.
“Berasaskan siapa cepat, dia dapat, pelanggan akan juga menerima sebuah Power Bank Xiaomi 10000mAh bila membeli dari 5 hingga 7 Julai.
“Amazfit Cheetah Pro belum dibuka untuk jualan setakat ini, sila ikuti perkembangan mengenai Amazfit Cheetah Pro di Amazfit Official Platform,” katanya.
Semua produk Amazfit yang diketengahkan boleh dibeli di rakan e-dagang Amazfit https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Cheetah dan https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Cheetah.
Penggemar Amazfit yang juga ketua operasi sebuah syarikat tempatan, Alrulmi Mokhtar berkata, beliau memulakan larian rekreasi sebagai satu cara untuk mengurangkan berat badan dan mengatasi pelbagai penyakit berkaitan jantung dan isu-isu kardiovaskular.
“Sebagai penggemar larian, Amazfit Cheetah sangat sesuai untuk gaya hidup dan aktiviti larian saya. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif terkini yang membolehkan saya merakam aktiviti dan memantau kesihatan serta sesuai dengan gaya hidup saya.
“Saya dapati reka bentuknya sangat menarik. Berat jam tangan ini cukup ringan iaitu 32 gram, didatangkan dengan hayat bateri yang lama dan ia adalah pelaburan yang berbaloi,” tambahnya. – Edisi 9