33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Tragedi kepala air: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terangganu semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sepuluh mangsa tragedi itu ialah Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Semalam, media melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang manakala seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor dipercayai tunang kepada seorang daripada ahli keluarga itu telah datang ke Jeram Air Putih di sini untuk berkelah pada Sabtu, sebelum dihanyutkan arus deras fenomena itu.

Sementara itu Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan penyelamat serta orang ramai yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa tragedi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan