30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

JPS selesai pertikaian sukan secara telus – KBS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan Jawatankuasa Pertikaian Sukan (JPS) dengan tujuan membantu menyelesaikan mana-mana pertikaian badan sukan secara telus dan profesional. 

KBS berkata, jawatankuasa bebas itu bertanggungjawab mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan di peringkat dalaman menggunakan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan 2022.

Katanya, penubuhan JPS diperuntukkan di bawah Seksyen 27, Akta 576 bagi mendengar dan menyelesaikan pertikaian yang dirujuk mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan itu di bawah seksyen 24, Akta 576.

“Kementerian telah menggubal Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022 bermatlamat untuk memperkasakan badan sukan dalam mengurus dan menyelesaikan pertikaian dalaman badan sukan termasuk atlet.

“Ia diselesaikan dengan telus, adil dan pantas tanpa sebarang campur tangan daripada kerajaan atau KBS, terutamanya penglibatan menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut KBS, menteri tidak terlibat langsung dalam sebarang prosiding mengenai pertikaian dalaman badan sukan. 

“Menteri hanya terlibat sebagai platform rayuan, sekiranya pihak yang bertelagah tidak berpuas hati dengan keputusan JPS,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Konfederasi Besbol-Sofbol Sedunia, Datuk Low Beng Choo dilantik sebagai Pengerusi JPS.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Ahli Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Datuk Amarjit Singh Gill dan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Jady @ Zaidi Hassim.

Selain itu, turut sama sebagai ahli adalah mantan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof. Datuk Dr. K.S Shamala dan bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee Ee Lin. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan