25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan salur RM2 juta bagi tampung kos PSV e-hailing, bas

Inisiatif itu akan memanfaatkan bakal pemandu e-hailing dan pemandu bas dalam kalangan komuniti B40

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menampung kos ujian Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) e-hailing dan PSV Bas.

Inisiatif tersebut akan memanfaatkan bakal pemandu e-hailing dan pemandu bas dalam kalangan komuniti B40.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebanyak 4,000 lesen PSV ditawarkan secara percuma kepada golongan B40 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan menerusi program MyPSV.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 3,500 adalah untuk pemohon lesen PSV e-hailing dan teksi manakala 500 lagi ditawarkan untuk lesen PSV bas di seluruh negara.

Advertisements

“Selain itu, ujian teori PSV dan GDL juga dimansuhkan di mana pelajar-pelajar hanya perlu hadir dan lengkapkan khusus teori sahaja,”katanya yang merasmikan Program MyPSV peringkat kebangsaan di Batang Kali, Selangor.

Katanya, beliau berharap initiatif-initiatif daripada pihak kementerian dapat memudahcarakan para peserta gig ekonomi meningkatkan pendapatan serta memenuhi permintaan e-hailing, bas tempatan dan bas express yang tinggi di Lembah Klang.

Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor Sdr Ng Sze Han dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Rospiagos Taha. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan