30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia Rabu ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN pertama 284 jemaah Malaysia yang baharu selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia), Rabu ini.

Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu.

Pengarah Operasi Maktab Mohd Sawal Abong berkata bagi memudahkan urusan pulang jemaah haji berkenaan, pihak Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan mengadakan city check-in, iaitu penghantaran bagasi untuk proses daftar masuk di maktab penginapan masing-masing.

“Jemaah haji tidak perlu untuk menimbang bagasi di lapangan terbang, sebaliknya dibuat di tempat penginapan masing-masing bagi keselesaan mereka,”katanya kepada pemberita selepas meninjau proses city check-in di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi seberat 30 kilogram, selain dilarang membawa pulang air zamzam seperti ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurutnya, setiap jemaah haji akan diberikan lima liter air zamzam setibanya mereka di tanah air.

Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 31 Julai depan.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan