32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Insiden KLIA: Bersatu gesa King Sing dikenakan tindakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana didakwa mengganggu tugas pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, tindakan King Sing adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang seorang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

Katanya, tindakan menteri itu juga melanggar Seksyen 56(1)(G) Akta Imigresen iaitu menghalang, sama ada secara aktif atau pasif, mana-mana pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugasnya.

“Saya ingin menegaskan bahawa dalam apa jua keadaan pegawai awam perlu dibenarkan menjalankan tugas sah tanpa gangguan dan tekanan daripada mana-mana orang, apatah lagi jika ia membabitkan hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara. 

Advertisements

“Insiden seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kita menghormati tugas penjawat awam. Amaran tegas perlu diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seorang menteri baru-baru ini didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China sehingga tular dalam media sosial.

Kejadian tersebut didakwa berlaku Khamis lalu apabila menteri tersebut dikatakan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.

Difahamkan, ia bertujuan ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan