Monday, July 6, 2026

Tragedi kepala air: 7 lagi mayat ditemui

Kesemua mayat berkenaan ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUJUH lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar di Kampung Air Putih, Kemaman ditemui pada Isnin.

Penemuan itu menjadikan sembilan daripada 10 mangsa tragedi berkenaan telah ditemui, termasuk dua beranak yang ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian.

Katanya, mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dikesan terapung oleh pasukan pencarian kira-kira jam 11.05 pagi.

Manakala pada jam 11.25 pagi, satu lagi mayat kanak-kanak perempuan dikesan di sektor B kawasan pencarian.

Beliau berkata bagaimanapun identiti mangsa yang lain masih belum disahkan.

“Kita telah mendapat maklumat telah menemui lima lagi mangsa tetapi kita belum kenal pasti… belum bawa ke pangkalan manakala satu lagi belum jumpa.

“Pasukan SAR sedang mengesan satu lagi mangsa yang belum dijumpai,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

Terkini

MAEF 2026 himpun seluruh ekosistem seni visual negara

PENGGIAT seni visual, pencinta seni dan orang ramai bakal disajikan dengan pelbagai pengisian menarik apabila Balai Seni Negara menganjurkan...

Lagi Artikel Berkaitan