26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Seorang lelaki ditahan, kes samun kedai serbaneka guna pistol mainan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan samun menggunakan pistol mainan melibatkan beberapa kedai serbaneka bersama tiga lagi rakannya termasuk seorang wanita, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, siasatan dijalankan setelah pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian samun bersenjatakan pistol di sebuah kedai serbaneka kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa didatangi seorang lelaki yang berpura-pura membeli sebotol minuman.

“Suspek kemudiannya bertindak mengacukan sepucuk pistol terhadap mangsa ketika mangsa berada di kaunter kedai serbaneka tersebut.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya menyerahkan wang berjumlah RM900 kepada suspek sebelum suspek melarikan diri,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, susulan kejadian pihaknya kemudian membuka kertas siasatan berhubung kejadian.

“Siasatan lanjut dijalankan mendapati suspek sama terlibat dalam kejadian samun melibatkan dua lagi kedai serbaneka di kawasan Cyberjaya.

“Suspek terlibat turut dipercayai menjalankan kegiatan samun melibatkan dua lagi kedai serbaneka di sekitar kawasan Cyberjaya pada 15 Jun lalu,”katanya.

Advertisements

Menurutnya, Op Khas yang dijalankan pihaknya kemudian berjaya mengesan suspek dipercayai terlibat dalam jenayah samun tersebut.

“Serbuan dijalankan di sebuah rumah di kawasan Cyberjaya, Sepang kemudiannya berjaya menahan dua lelaki tempatan, satu lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berumur antara 22 tahun hingga 35 tahun.

“Turut dirampas sepucuk pistol mainan, lapan peluru getah dan sebuah kereta jenis Perodua Bezza,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, ujian saringan mendapati dua daripada empat suspek yang diberkas positif dadah.

“Suspek utama mengaku pistol mainan digunakan dibeli menerusi dalam talian dan hasil samun digunakan untuk kegunaan peribadi dan mengaku melakukan jenayah tersebut bersendirian.

“Suspek utama kemudiannya direman tujuh hari manakala tiga suspek lain direman empat hari,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan