31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM tidak tahu LHDN serbu kediaman Hamzah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin Selasa lalu.

Perdana Menteri berkata, segala penyiasatan atau serbuan yang dilakukan agensi tersebut ke atas Ahli Parlimen Larut itu atas urusan mereka sendiri.

“Itu urusan LHDN, urusan badan-badan penyiasat. Saya tidak dimaklumkan,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Larut itu berada di rumahnya di Damansara ketika serbuan dilakukan sepasukan pegawai LHDN sekitar pukul 11 pagi, Selasa lalu.

Advertisements

Serbuan berkenaan dilakukan susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan sementara sebuah portal melaporkan, penguat kuasa LHDN turut merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun.

Dalam pada itu, Anwar menafikan dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercuti selama dua minggu.

“Tak ada pula (tahu Ahmad Zahid mohon bercuti),” katanya. – Edisi9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan