28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Natxo, Feroz digugurkan dari skuad kebangsaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya menggugurkan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dan Feroz Baharudin dari kem latihan kebangsaan di Kuala Terengganu susulan kecederaan hamstring yang dialami.

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, Natxo melapor diri pada 10 Jun lalu tetapi pemantauan harian doktor dan fisioterapis pasukan mendapati beliau tidak bersedia untuk diturunkan.

Katanya, Feroz diturunkan dalam kesebelasan utama ketika bertemu Kepulauan Solomon tetapi terpaksa dikeluarkan pada minit ke-44 kerana mengalami kecederaan hamstring.

“Sebagai jurulatih, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menguji sepenuhnya kedua-dua pemain tersebut pada perlawanan kali ini tetapi pada masa yang sama berasa sedih atas kecederaan dialami Natxo dan Feroz.

“Semoga mereka cepat sembuh dan boleh kembali beraksi dalam saingan liga domestik bersama JDT, seterusnya kembali cergas untuk dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya akan datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pan Gon berkata, tiada pemain baharu akan dipanggil susulan pengguguran kedua-dua pemain tersebut.

“Skuad Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 24 pemain lain termasuk Shahrel Fikri Md. Fauzi dan Nooa Laine bagi menghadapi Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Selasa ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT atas kesediaan menggunakan khidmat pemain dari kelab tersebut.

“Sepertimana yang diketahui umum, separuh daripada skuad Harimau Malaya ini dibarisi pemain dari JDT.

“Sudah tentu, dengan sokongan dan bantuan Tunku Ismail, kami di barisan kejurulatihan Harimau Malaya dapat membentuk gandingan dan gabungan skuad yang mantap bersama pemain-pemain dari kelab lain yang dipanggil kali ini,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan