32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pemandu Alza guna ‘strobe light’ ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA memandu menggunakan lamput mata arah atau strobe light, seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata, pihaknya terkesan satu video berdurasi tiga saat di muat naik Facebook mengenai kejadian di KM136.8, Lebuh Raya Utara Selatan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Susulan itu, polis berjaya menahan pemandu kenderaan berkenaan dan merampas satu set lampu mata arah yang digunakan ketika kejadian.

“Polis telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta tersebut di bawah peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalulintas Jlan 170/59 iaitu ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Advertisements

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Pihak polis melarang sama sekali mana-mana pemilik kenderaan mengubahsuai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian.

“Ini kerana ianya merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan,” tegasnya. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan