26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula Julai ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SETELAH lebih satu tahun ditutup, Air Terjun Gunung Ledang akan dibuka semula mulai Julai ini kepada orang ramai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan semula kawasan tersebut akan diserikan dengan penganjuran Karnival Gunung Ledang.

Kata beliau, Air Terjun Gunung Ledang turut menyediakan tapak pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta tapak caravan bagi menambah daya tarikan pelancong ke kawasan tersebut.

“Saya turut melawat dan melihat sendiri fasiliti di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda). 

“Saya meneliti perlunya perancangan yang rapi untuk menaik taraf chalet dan pondok, demi menarik lebih ramai pengunjung ke taman negara ini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook selepas mengadakan lawatan kerja ke Air Terjun Gunung Ledang dan melihat sendiri kerja-kerja naik taraf serta baik pulih kawasan tersebut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor merangkap ADUN Serom, Khairin-Nisa Ismail @ Md. On dan Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, Ungku Mohd. Zaffrin Ungku Mohd. Zaman.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memperhalusi segala keperluan dan bajet bagi menaik taraf dan mempromosikan Gunung Ledang dengan lebih berkesan.

“Kerajaan Negeri optimis untuk memastikan gunung tertinggi di Johor ini sentiasa dikunjungi, selain mempergiat promosi Gunung Ledang. Jagalah kebersihan bila dah buka nanti,” katanya,” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan