27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bapa tak mengaku bersalah biar anak makan biskut ganja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penoreh getah mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping hari ini, atas pertuduhan cuai hingga menyebabkan anak perempuannya termakan biskut dicampur ganja, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Hassim, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim, lapor Harian Metro.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun 7 bulan didapati cuai membiarkan kanak-kanak itu memakan biskut buatan tertuduh yang mengandungi dadah jenis kanabis (ganja) dan mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan kesihatan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Bagan Lawin di Gerik, daerah Hulu Perak pukul 7.30 malam, 29 Mei lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd. Waffy tidak menawarkan jaminan memandangkan mangsa yang kini berada di bawah jagaan ibunya dan sudah dibenarkan keluar dari hospital adalah anak tertuduh dan tinggal serumah.

Hakim menetapkan tarikh 6 Julai untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar sementara menunggu lantikan peguam dan laporan perubatan kanak-kanak itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom sesak nafas akibat termakan biskut dibuat bapanya yang disyaki dicampur dengan ganja.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan