28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan – KPM

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini, memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

“PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan. Oleh itu, kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu jika KPM bercadang untuk mengembalikan UPSR dan PT3.

Menjawab soalan asal oleh Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah untuk mengukuhkan pelaksanaan PBS dan PBD, Lim berkata dapatan daripada libat urus berkenaan hala tuju PBS dan PBD akan dibincangkan dalam sebuah kovensyen yang diadakan hari ini hingga esok.

Hui Ying berkata, pihaknya juga telah mengemas kini Buku Panduan Pelaksanaan PBD edisi kedua 2019 dengan melampirkan senarai semak bagi pelaksanaan proses penjaminan kualiti iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.

“KPM juga menambah baik komponen pentaksiran psikometrik bertujuan mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh bagi mereka mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya,” katanya.

UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya mulai 2022 sebelum digantikan dengan PBS dan PBD secara menyeluruh. – BERNAMA

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan