33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Bekalan gula di empat negeri mencukupi – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKALAN gula di empat negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah mencukupi dan berupaya menampung permintaan semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan di bawah Ops Manis antara 3 Mei hingga 4 Jun lalu mendapati bekalan gula di pasaran stabil.

Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 2,576 premis perniagaan telah diperiksa dan sejumlah 60 aduan merangkumi isu gula telah diterima. 

“Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, terdapat tujuh tindakan kes telah diambil. Secara keseluruhannya, bekalan gula di pasaran tidak menunjukkan sebarang masalah bekalan yang kritikal, mencukupi, stabil dan berupaya menampung permintaan semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ops Manis akan diteruskan dengan Ops Manis 2.0 sehingga 30 Jun ini di seluruh negara bagi memastikan bekalan dan pengedaran gula adalah stabil bagi kegunaan rakyat. 

Sementara itu, KPDN telah memutuskan bahawa mana-mana pihak yang melakukan tiga kesalahan berkaitan bekalan gula akan digantung lesen untuk siasatan.

Katanya, jika terbukti kesalahan akan dibatalkan lesen dan disenarai hitamkan. 

Ujarnya, antara tiga kesalahan itu termasuk menjual gula putih bertapis kasar dan halus secara bersyarat dengan barangan lain serta termasuklah dengan gula jernih, menyorok bekalan dan menjual melebihi harga kawalan.

“KPDN ingin menegaskan kepada setiap pihak terlibat pada setiap rantaian perbekalan gula supaya terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan gula.

“Tiada mana-mana pihak boleh menyorok, enggan menjual atau mengenakan penjualan bersyarat serta menjalankan urusniaga gula tanpa lesen,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Isu kalimah Allah tidak boleh dipandang remeh – Tunku Ismail

ISU kalimah Allah pada stoking yang dijual oleh rangkaian kedai serbaneka tidak boleh dipandang remeh, titah Pemangku Sultan Johor,...

Lagi Artikel Berkaitan