32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kerajaan cadang tambah kamera Awas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bercadang menambah bilangan kamera Automated Awareness Safety System (Awas) sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kamera yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) itu akan dipasang mengikut keperluan.

Ini kerana kata beliau, kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya mencecah 99 peratus di lokasi pemasangan kamera.

“Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan Awas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) tentang status terkini kamera AES dan jumlah yang masih beroperasi dan sebarang kajian terkini dilakukan berhubung keberkesanan penggunaan kamera AES.

Untuk rekod, terdapat 45 kamera Awas sedang beroperasi ketika ini dengan satu daripadanya sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemasangan kamera Awas bukan bersifat menghukum sebaliknya memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang terutama di kawasan kerap berlakunya kemalangan.

Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari, serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia (anggota penguatkuasaan) yang tinggi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan