29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Real tumbang di tangan Real Sociedad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

REAL Madrid sekali lagi gagal meraih mata apabila tewas 0-2 kepada Real Sociedad, dalam perlawanan La Liga di Reale Arena, awal pagi tadi.

Madrid yang membawa misi wajib menang pada perlawanan ini untuk meneruskan pemburuan gelaran LaLiga gagal mencetuskan impak.

Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti beraksi tempang tanpa Vinicius Junior, yang digantung perlawanan, dan Karim Benzema, yang terpaksa direhatkan.

Bekas pemain Real, Takefusa Kubo menjadi duri dalam daging buat Los Blancos menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada dua minit pertama babak kedua.

Advertisements

Real beraksi 10 pemain selepas Dani Carvajal diarahkan keluar padang gara-gara mengutip kad kuning kedua.

Ander Barrenetxea kemudian memastikan kemenangan pasukan tuan rumah itu menerusi jaringannya pada lima minit terakhir.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Madrid perlu memberikan tumpuan penuh terhadap perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City bulan depan yang menjadi harapan untuk meraih trofi musim ini.

Los Blancos kini semakin sukar untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu untuk memintas Barca di tangga teratas LaLiga selepas dibezakan 14 mata berbaki lima perlawanan musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan