25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu 

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Mazli yang merupakan Ketua Polis Terengganu ke-31 mengambil alih tugas itu daripada Datuk Rohaimi Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini. 

Advertisements

Mazli ketika ditemui media berkata beliau akan meneruskan segala strategi yang dirancang kepimpinan terdahulu dalam memastikan indeks jenayah di negeri itu kekal rendah sekali gus memberi impak besar kepada rakyatnya.

“Saya juga akan mencari pendekatan lebih tersusun dan agresif termasuk melipatgandakan kekuatan penguatkuasaan dalam usaha membendung kadar kemalangan di negeri ini,” katanya.

Mazli merupakan antara 61 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran jawatan seperti diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lepas. — BERNAMA

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan