34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRN : PN kekal guna logo gabungan di 4 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo gabungan berkenaan di empat negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU) yang lepas.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah, selain masih menunggu kata putus daripada Kelantan serta Terengganu.

“Setakat hari ini kita kekalkan…kecuali kalau Pas minta perubahan, sebelum ini mereka (Pas) menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.

“Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka gunakan logo Pas pun tidak mengapa. Orang dah kenal dah PN ini, hanya untuk pilihan raya tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam PN cukup baik. Ia (hubungan) ada kemajuan sebenarnya jika nak dibandingkan dengan PRU yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh.

Muhyiddin turut menyifatkan PRN kali ini akan menjadi satu tanda aras baru yang akan menunjukkan hala tuju masa depan politik negara. – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan