24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 16, 2025

Kes HFMD lepasi paras amaran – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BILANGAN kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah melepasi paras amaran kebangsaan iaitu sebanyak 1,150 kes seminggu bagi tempoh 7 hingga 13 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, sebanyak 9,822 kes dilaporkan sehingga minggu epidemiologi (ME) 19 atau sehingga 13 Mei lalu bagi tahun ini.

Katanya, Selangor menjadi penyumbang kes tertinggi dengan 2,443 kes, diikuti Sabah (1,505), Kuala Lumpur dan Putrajaya (977), Johor (915), Sarawak (750) manakala negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 700 kes.

“Walaupun lebih rendah berbanding dengan kes yang dilaporkan pada 2022 bagi tempoh yang sama iaitu 31,622 tetapi terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME18/2023 melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes seminggu.

“Pada tempoh 7 hingga 13 Mei 2023 pula, bilangan kes telah melepasi paras amaran (alert) kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, KKM berkata, institusi tempat perhimpunan kanak-kanak merupakan antara tempat yang dilihat sering berlaku penularan sehingga menyebabkan berlakunya kluster HFMD.

Ujarnya, ini terutamanya jika kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi.

“Sejumlah 273 kluster dilaporkan pada 2023 sehingga 13 Mei iaitu 170 kluster dengan 675 kes dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, pra-sekolah dan pusat jagaan harian.

“Manakala selebihnya iaitu 101 kluster berlaku di rumah persendirian dan dua kluster berlaku di sekolah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu hubungan Turkiye-Malaysia di bawah Anwar-Erdogan

PROF DATO SERI IR DR NOOR AZUAN ABU OSMAN LAWATAN Negara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia memperkukuh perkongsian...

Lagi Artikel Berkaitan