25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Malaysia ke separuh akhir Piala Sudirman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD badminton negara mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman selepas menundukkan Denmark 3-1 sebentar tadi.

Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menyumbang mata pertama negara selepas menewaskan gandingan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-14, 21-7 dalam tempoh 58 minit.

Malaysia tambah selesa 2-0 di depan selepas perseorangan lelaki, Lee Zii Jia diberikan kemenangan percuma ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.

Ini selepas pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan pangkal peha ketika perlawanan berkedudukan 4-4 dalam set pertama.

Advertisements

Denmark bangkit mengutip mata pertama menerusi perseorangan wanita, Mia Blichfeld yang menundukkan wakil negara, Goh Jin Wei 21-14, 15-21, 21-19 dalam tempoh 69 minit.

Malaysia mengesahkan kemenangan 3-1 menerusi pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Pasangan beregu negara itu tidak berdepan masalah menyingkirkan gandingan Kim Astrup-Anders Rasmussen dalam straight set 21-17, 21-16 dalam tempoh 42 minit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan