27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Produk gula baharu di pasaran perlu dapat kelulusan KPDN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBARANG pengenalan produk gula baharu termasuk gula super atau gula putih premium (bungkusan hijau) di pasaran perlu mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) terlebih dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berikutan gula merupakan barangan kawalan berjadual sepertimana diperuntukkan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN sentiasa cakna dengan isu yang dibangkitkan berhubung pengenalan dan penjualan gula super atau gula putih premium (bungkusan hijau) di pasaran seperti yang tular di media sosial baru- baru ini.

“Kedua-dua syarikat MSM dan CSR telah menyatakan bahawa gula gred tersebut belum dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa sebarang pengenalan gula baharu dipasaran perlu mendapat kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Susulan itu, katanya, KPDN juga ingin menasihati pengguna agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih.

“Gula putih bertapis 1 kilogram (kg) masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 sekilogram (gula kasar) dan RM2.95 (gula halus).

“Selain itu, penguatkuasaan operasi bersepadu OPS MANIS masih dipergiat sebagai salah satu kawalan di peringkat kementerian bagi mengenal pasti punca dan solusi menangani isu kekurangan gula di beberapa buah negeri baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, OPS MANIS juga dilihat berjaya mempamerkan perkembangan positif apabila negeri mengalami gangguan bekalan gula telah pulih hampir 100 peratus.

“Untuk pengetahuan, dua buah syarikat utama mengeluarkan gula di Malaysia iaitu MSM dan CSR telah membantu mengatasi isu kekurangan bekalan gula dengan menyalurkan komoditi itu kepada pemborong utama mereka di negeri terbabit,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan