25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Calon dipelawa isi jawatan CEO Teraju, Yayasan Peneraju

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Ekonomi menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Teraju dan Yayasan Peneraju untuk memohon mengisi kekosongan ini.

Menteri, Rafizi Ramli berkata, kementerian mempunyai dua agensi yang sedang dalam proses pertukaran kepimpinan, iaitu Teraju – bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi Bumiputra.

“Manakala, Yayasan Peneraju yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputra.

“Kementerian juga bertanggungjawab mengendalikan agenda pembangunan ekonomi digital melalui Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR).

“Kementerian kini menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagai CEO Teraju dan Yayasan Peneraju untuk memohon mengisi kekosongan ini.

Advertisements

“Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang
kerja boleh didapati di laman Teraju, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam masa sama, Rafizi berkata, kementerian juga menjemput profesional dalam bidang tech dan digital yang mahu menawarkan diri sebagai anggota Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) untuk memohon menjadi anggota majlis.

“Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang tugas boleh didapati di laman MyDigital, sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi.

“Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan