33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Insentif RM40 juta latih pekerja mahir AiI – Rafizi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyediakan dana khas sebanyak RM40 juta bagi melatih kira-kira 20,000 golongan muda menjadi pekerja mahir menerusi program Academy in Industry (AiI) sepanjang tahun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dana itu akan digunakan untuk membayar insentif penempatan pekerja, agar golongan muda tidak dibebankan dengan kos bayaran deposit rumah sewa dan perpindahan dari kampung.

“Dana ini juga digunakan sebagai insentif lulus kekal dalam pekerjaan dan insentif pensijilan sekiranya pelatih kekal dalam pekerjaan sehingga 18 bulan untuk menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). 

“Majikan pula diberikan insentif latihan bagi pelatih yang disijilkan di akhir tempoh sembilan hingga 18 bulan,” katanya menerusi kenyataan selepas menyempurnakan peluncuran program AiI-SLDN hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan tauliah kepada 200 syarikat pertama yang menyertai program AiI yang membolehkan mereka mengambil pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing sedia ada. 

Program AiI membolehkan golongan muda dan rentan menyertai sektor pekerjaan teknikal tanpa perlu mempunyai kelayakan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) terlebih dahulu.

Advertisements

Ini kerana mereka akan dilatih dan disijilkan semasa bekerja melalui konsep place and train.

Rafizi berkata, anggaran awal menunjukkan 200 syarikat pertama itu berkemampuan menyerap sehingga 20,000 golongan muda dan rentan menjadi pekerja di sektor pembuatan dan teknikal, dengan gaji bersih sekitar RM2,000 sebulan.

“Selepas pengambilan kumpulan pertama, program ini akan diteruskan dengan pengambilan seterusnya untuk mewujudkan kumpulan pekerja teknikal tempatan yang besar. 

“Dengan jumlah yang besar, kerajaan akan meningkatkan tahap pensijilan melalui kaedah kerja-latihan dari SKM hingga ke peringkat diploma dan universiti,” katanya.

Menurut beliau, permohonan untuk menyertai program AiI akan dibuka secara atas talian dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan