25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kredit e-tunai RM100 dilaksana suku keempat tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bantuan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan pihak kementerian dan pihak berkepentingan.

“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima,”menurut MOF.

MOF berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi hari ini.

Advertisements

Minggu lalu, Perdana Menteri, ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan