27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

RM500 juta diperuntuk bagi projek infrastruktur kecil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta menerusi Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) bagi projek infrastruktur kecil awam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, di bawah program itu, rakyat boleh mengemukakan permohonan secara terus kepada kementeriannya.

Katanya, pemohonan dibuka bagi projek infrastruktur kecil yang tidak melebihi RM200,000 serta memberi manfaat segera kepada rakyat.

“Inisiatif ini bertujuan mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan.

“Pelaksanaan IKR juga membantu kontraktor kecil seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada projek-projek kecil serta mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Rafizi berkata, orang ramai boleh memohon bantuan projek-projek infrastruktur awam kecil melalui laman web IKR di alamat http://ikr.ekonomi.gov.my bermula hari ini.

Beliau berkata, projek infrastruktur kecil tersebut hendaklah memberi manfaat segera kepada rakyat setempat atau masyarakat umum.

“Projek dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, bersifat lebih nilai untuk wang, tiada elemen bermewah-mewah dan amat diperlukan umum.

“(Selain itu), projek tersebut bukan untuk tujuan keperluan atau aset individu dan tidak terletak di atas tanah milk persendirian serta tidak melibatkan pengambilan tanah.

“Projek tidak bertindih dengan projek yang telah memperoleh kelulusan peruntukan daripada agensi kerajaan lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan