26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sindiket tipu pelaburan kad sim tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SATU sindiket penipuan pelaburan kad sim tumpas menerusi satu serbuan polis yang dijalankan di Kuala Lumpur kelmarin.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun ditahan dalam serbuan yang dilbuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Katanya, polis turut merampas dua unit telefon bimbit, sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM) dan dua buku cek yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan pelaburan.

“Sindiket didalangi warga tempatan ini dipercayai beroperasi sejak 2020 dengan menawarkan pelaburan berbentuk perniagaan kad sim dan produk-produk daripada syarikat telekomunikasi.

“Setiap pakej pelaburan menawarkan pulangan bulanan yang berbeza dan dijanjikan bayaran untuk hayat.

Advertisements

“Walau bagaimanapun, siasatan mendedahkan pelabur hanya menerima pulangan di peringkat awal sebelum dimaklumkan bahawa syarikat mengalami kerugian dan pulangan yang dijanjikan tidak dapat dibayar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama dua hari bermula semlam dan diberikan jaminan polis setelah tempoh reman tamat.

Katanya, sehingga kini pihaknya telah menerima tiga laporan berkaitan penipuan berkenaan jumlah kerugian keseluruhan RM1.45 juta.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa digesa segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran. 

PDRM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan