31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pokok tumbang akibat ribut di ibu negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah di beberapa lokasi sekitar ibu negara dilaporkan berlaku tadi, susulan hujan lebat dan ribut.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pokok tumbang di 19 lokasi sekitar ibu negara setakat jam 8.12 malam tadi.

“19 lokasi itu termasuk Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Jinjang Aman 2, Jalan Kampung Padang Balang, Jalan Danau Saujana 1 Danau Kota, Jalan Sultan Ismail (Bukit Nanas), Jinjang Selatan, Astana Mont Kiara, PSN Raja Chulan dan Kampung Padang Balang.

Advertisements

“Selain itu, pokok tumbang juga dilaporkan di Jalan Dato Senu 26, Jalan Syed Putra, Jalan Stesen Sentral 2, Jalan Ipoh (SMK Batu Muda), Tasik Titiwangsa, Jalan Udang Kepal Segambut, Masjid Negara, Jalan Santan, Segambut dan Jalan 2/23D Danau Kota,”katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut APM, pihaknya turut menerima laporan kenderaan membabitkan kereta dan motosikal yang rosak selepas dihempap pokok tumbang.

Katanya, beberapa jalan turut terhalang akibat pokok tumbang bagaimanapun, tugas dan kerja mengalihkan pokok telah dijalankan,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan