29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 6, 2023

Kerajaan benar jual gula putih bertapis jernih

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kebenaran penjualan gula putih bertapis jernih akan berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun tegas beliau, penjualan gula berkenaan ini tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

“Kerajaan bersetuju dengan permohonan ini kerana gula putih bertapis jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

“Kerajaan juga telah memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal Kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Belanjawan 2023 bukti kerajaan prihatin - Salahuddin

Sementara itu, beliau berkata, syarikat-syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) yang mencukupi di pasaran.

“Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) kepada pelanggan.

“KPDN mengambil kesempatan ini untuk mengajak pengguna Malaysia Madani untuk mengawasi dan mengawal penggunaan gula demi kesihatan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca juga:   JER tawar penjimatan 30 peratus barang keperluan - KPDN

“KPDN juga mengajak pengguna untuk bersama-sama dalam memastikan bekalan gula di pasaran sentiasa mencukupi melalui maklum balas dan laporan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan sengaja lewat bentang Akta Pendanaan Politik

KERAJAAN didakwa sengaja melewat-lewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik dengan memberi alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti...

Lagi Artikel Berkaitan