32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Polis Johor beri amaran penganjur pesta seks bebas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas “Gang Bang JB Party” agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara seumpama itu adalah menyalahi undang-undang, dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak bermoral itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 292 (E) Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, pihak polis akan membuat siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh selama setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis juga akan membuat pemantauan berterusan terhadap penganjuran acara-acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam.

Sejak Rabu, tular sekeping poster melalui Twitter bertajuk “Gang Bang JB Party” yang mempromosikan pesta seks bebas.

Acara tersebut yang dijangka akan diadakan pada 20 Jun itu turut mendapat tentangan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan